Total Pageviews

Tuesday, January 18, 2011

Plan Kerjasama Pemasaran bersama IKRAM Daerah

Motivasi Remaja Kali ini ingin menjemput Pakcik dan Makcik IKRAM untuk mempertimbangkan idea-idea Cikgu Bat yang agak mencabar ini. Cikgu Bat merasakan ia mudah dilaksanakan, namun hakikatnya bukat seperti itu...berikut cadangan Cikgu Bat...Selamat membaca semoga tidak pening kepala...

KONSEP KERJASAMA IKRAM DAERAH DENGAN KOLEJ JAIPUTRA

[Nota: maaf jadual dlm penulisan ini tidak sempurna. Jika berminat boleh dapatkan softcopy dlm bentuk mocrosoft word dari saya]

1. PENDAHULUAN

1.1. AHLI IKRAM DAERAH

Ahli-ahli Ikram telah diamanahkan untuk memastikan peningkatan jumlah keahlian. Penambahan ahli pula mesti disulami dengan proses yang menjadikan mereka berkualiti sebagai muslim yang soleh lagi musleh. Ini bagi memastikan pada tahun 2020 nanti, harapan untuk melihat negara Malaysia melaksanakan syariat sepenuhnya menjadi kenyataan.
Urusan menambah ahli pada kadar yang drastik dilihat sukar, namun memastikan mereka memperolehi kualiti sebagai seorang ahli yang baik, adalah lebih sukar. Kumpulan yang berjumlah besar dalam Ikram ketika ini pula, dari golongan berusia emas, usaha menambah dan memperkasakan ahli pastinya menagih banyak komitmen, komitmen terhadap wang ringgit mungkin tidak mendatangkan masalah terhadap golongan ini, yang rata-rata punyai status ekonomi yang baik.

Apa yang pasti golongan emas ini, dikhuatiri ramai yang tidak mampu memberikan komitmen yang tinggi terhadap masa dan tenaga. Jawatan yang mereka sandang, tenaga dan tulang empat kerat merekalah membataskan usaha mereka, walaupun azam mereka tinggi menggunung.

Dengan kata lain, tanpa perancangan yang benar-benar jitu dan kerja yang begitu bersungguh-sungguh, hajat untuk melihat Malaysia mengamalkan Syariat sepenuhnya pada tahun tersebut mungkin tinggal kenangan.

1.2. KOLEJ JAIPUTRA

Pada hari ini, melalui pelbagai usaha, Jaiputra telah sedikit sebanyak masuk ke dalam hati sahabat-sahabat. Pelbagai isu melanda dari titik bengik sehinggalah isu sebesar gajah menerjah masuk jauh ke dalam diri Jaiputra. Namun jika di perhalusi, hakikatnya isu utama hanyalah tertumpu kepada bilangan pelajar.

Jika bilangan pelajar ramai, lebih dari 200 orang, Jaiputra sudah berada dalam keadaan selesa, apatah lagi jika pelajarnya melebihi 1,000 orang.

Mungkin ramai yang keliru terhadap keupayaan dan kemampuan Jaiputra. Jaiputra adalah sebuah Kolej Islam yang berperanan mengeluarkan duat. Melihat kepada keperluan semasa, maka duat yang hendak dilahirkan mestilah mempunyai potensi dan kompetensi dalam mengharungi hidup. Oleh itu mereka juga dibekali dengan ilmu profesionalisme.

Namun ramai yang memahami bahawa Jaiputra, pusat mengeluarkan profesional yang punyai kompetensi dalam urusan agama. Maka terbitlah persoalan, kenapa kursus itu-itu sahaja, tidak ditambah lagikah? Kursus profesional itu sudah ketinggalan zaman, kenapa tidak disediakan kursus Juru Terbang (pilot), Jururawat dan lain-lain. Memang, Jaiputra perlu menambah bilangan kursusnya, terutama kursus yang diminati ramai orang.

Jika dilihat ke dalam, Jaiputra punyai kelebihan dan kekuatan sendiri untuk maju. Kekuatan sedia sudah cukup, hanyai perlu dibajai agar falsafahnya dimengerti oleh ramai orang. Produk utama kita adalah asatizah yang punyai kompetensi dalam urusan profesionalisme.
Maka penekanan perlu dibuat sekali lagi, agar dibenar-benar masuk ke dalam minda semua, bahawa “Kolej JAIPUTRA ingin membangunkan Daie, Murabbi, asatizah yang holistik, mereka ini mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri dengan memiliki pengetahuan dan kemahiran profesional”.

2. SINERGI IKRAM DAERAH, JAIPUTRA DAN RAUDATUS SAKINAH MASTER (RSM)

Apa kata kita manfaatkan kewujudan Jaiputra, biar kakitangan Jaiputra melakukan peranannya, membanting tulang empat kerat kakitangannya untuk membantu IKRAM DAERAH melatih ahli baru dan memproses mereka agar menjadi ahli yang berkualiti. Manakala produk ABJZ pula melalui dakwah hi-impak ini, dilihat mampu menarik ramai madu’ yang boleh dilibatkan dalam dakwah.

Kerjasama IKRAM DAERAH, JAIPUTRA dan RSM boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk antaranya;
2.1. Melaksanakan projek ekonomi melalui pembekalan pelajar oleh Ikram Daerah kepada Jaiputra.
2.2. Melancarkan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (dakwah hi-impak)

2.3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB IKRAM DAERAH

2.3.1. Menghantar lima orang pelajar setiap tahun. Pelajar ini terdiri dari;
2.3.1.1. Anak-anak ahli Ikram
2.3.1.2. Anak-anak Usrah
2.3.1.3. Anak-anak rakan, jiran dan taulan yang berminat.
2.3.2. Menaja atau mencari penaja kepada pelajar-pelajar tersebut dalam pelbagai bentuk dan boleh digunakan sebagai pelepasan cukai, tajaan adalah seperti;
2.3.2.1. Yuran pendaftaran
2.3.2.2. Yuran Pengajian (sebahagian)
2.3.2.3. Yuran Pengajian (sepenuhnya)
2.3.2.4. Yuran kursus ABJZ
2.3.3. Memantau perkembangan pelajar tersebut setiap semester dan mengatur program yang boleh dimanafaatkan oleh IKRAM Daerah pada setiap cuti semester.
2.3.4. Menganjurkan program hi-impak yang difikirkan boleh mempengaruhi ibubapa dan pelajar untuk memilih Jaiputra sebagai tempat menyambung pelajaran diperingkat tinggi.
2.3.5. Membayar kos pemasaran yang dilaksanakan oleh kakitangan kolej.
2.3.6. Mengenalpasti personel yang boleh melibatkan diri sepenuh masa dalam aktiviti Ikram.

MANFAAT

2.3.7. Memperolehi Ahli yang akan dipertingkatkan sehingga taraf AB02 selepas menamatkan pengajian peringkat Diploma.
2.3.8. Kolej akan membekalkan tenaga kerja (penceramah dan motivator) bagi melaksanakan program yang difikirkan boleh memberikan impak besar bagi menjayakan misi Ikram ABJZ, KBM dan sebagainya.
2.3.9. Menerima royalti sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap pelajar yang mendaftar atas inisiatif masing-masing daerah.
2.3.10. Memperolehi sedikit keuntungan dari program motivasi.
2.3.11. Mendapat liputan dan promosi dari aktiviti hi-impak yang dilaksanakan, tokoh-tokoh Ikram tempatan akan ditonjolkan bagi setiap aktiviti.
2.3.12. Boleh membina kumpulan motivator, yang juga boleh dimanfaatkan sebagai pekerja sepenuh masa Ikram Daerah.
2.3.13. Gaji atau elaun kakitangan sepenuh masa, akan disumbangkan oleh pendapatan dari program motivasi dan promosi bersama Jaiputra.


2.4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOLEJ JAIPUTRA

2.4.1. Membekalkan data-data pelajar pasca SPM (beserta ibubapa) di Daerah Ikram.
2.4.2. Menyediakan kaedah dan sistem pemasaran.
2.4.3. Memastikan kebajikan pelajar dan bakal murabbi terjaga iaitu;
2.4.3.1. Program pentarbiahan dalam semua wadah dilaksanakan.
2.4.3.2. Pemeringkatan diusaha dan dipastikan pada setiap tahun pengajian.
2.4.3.3. Penekanan holistik dalam semua domain (kognitif, psikomotor dan affektif) diseimbangkan,
2.4.3.4. Memastikan ‘output’ bersesuaian dengan ‘input’ yang seimbang bagi ketiga-tiga domain tersebut.
2.4.4. Keperluan fizikal dan lojistik ditahap memuaskan.
2.4.5. Memastikan keperluan profesionalisme pelajar pada tahap yang memuaskan iaitu;
2.4.5.1. Tenaga Pengajar yang mencukupi dan efektif.
2.4.5.2. Keperluan logistik pengajaran dan pembelajaran di tahap memuaskan.
2.4.5.3. Kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris ditekankan.
2.4.6. Membayar komisen dari penerimaan pelajar dan perlaksanaan aktiviti kepada IKRAM.

MANAFAAT

2.4.7. Kolej JAIPUTRA berhak mendapatkan kerjasama dan bantuan yang bersungguh-sungguh dari IKRAM Daerah untuk membekalkan pelajar kepada kolej.
2.4.8. Memperolehi ruang promosi bagi aktiviti-aktiviti di daerah.


2.5. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB RAUDATUS SAKINAH MASTER TRAINING AND CONSULTANCY BERHAD. (RSM)

2.5.1. Menentu dan melatih pelatih-pelatih dari yang dicalonkan oleh Ikram daerah.
2.5.2. Merancang guna tenaga yang dikongsi bersama dalam sesebuah negeri.
Manafaat
2.5.3. Mendapat rakan pemasaran yang ramai dan aktif.
2.5.4. Mendapat takungan motivator/fasilitator yang ramai dan bekerja sepenuh masa.
2.5.5. Mendapat royalti bagi setiap program.

3. KONSEP PEMASARAN JAIPUTRA

Konsep pemasaran adalah memenuhi keperluan pelanggan.

3.1. KEPERLUAN PELANGGAN
Pelanggan dianggap melihat sistem pendidikan Negara umumnya, tidak memberi penekanan terhadap domain affektif. Mereka percaya, gejala sosial yang terjadi di kalangan generasi Y banyak disumbangkan oleh sistem pendidikan yang tempang, ditambah lagi dengan komunikasi global tanpa sempadan. Lantas kumpulan ini melihat pendidikan alternatif (yang memberikan penekanan terhadap keseluruhan domain secara komprehensif) sangat penting dan mendesak, lantas ia menjadi pilihan utama. Kumpulan ini bercita-cita mempunyai pewaris yang punyai perwatakan hebat, soleh lagi musleh. Mereka rela bergolok bergadai demi memastikan pewaris mereka memiliki ciri-ciri berkenaan.

3.2. PELANGGAN JAIPUTRA DAN IKRAM

Warga Malaysia yang mementingkan kemandirian dan vitaliti Islam dalam jiwa diri sendiri, jiwa anak-anak dan jiwa anak-anak rakan-taulan adalah pelanggan JAIPUTRA. Dalam konteks ini pelanggan primer adalah ahli IKRAM, sementara ahli NGO, jamaah- Jamaah lain dan orang awam yang baik, adalah pelanggan sekunder.

Kehendak pelanggan Primer ketika ini adalah untuk menambah bilangan ahli yang berkualiti seramai yang mungkin bagi menjayakan visi Malaysia mengamalkan Syariah sepenuhnya pada tahun 2020. Mereka ini adalah warga senior yang ingin membina pasukan generasi pewaris yang ramai dan berkualiti.

Bilangan pelanggan boleh tambah, mereka boleh dibina dari kalangan orang awam, sekiranya minda mereka boleh dimanipulasi sehingga mereka punyai sikap yang sama terhadap sistem Pendidikan Negara, sebagaimana minda pelanggan primer dan sekunder. Disini dua prinsip yang penting boleh terpakai untuk mengubah persepsi awam untuk menjadi pelanggan primer dan sekunder iaitu peringatan dan kepercayaan.

Generasi pewaris pula adalah kumpulan generasi Y yang boleh diprojekkan supaya menjadi ahli IKRAM. Golongan yang terbaik untuk dipilih dan tarbiah buat masa ini adalah terdiri dari golongan belia-remaja berusia 18 tahun ke atas. Golongan ini disasarkan kerana mereka adalah kumpulan paling produktif dari segenap segi. Kumpulan ini secara umumnya adalah pelajar lepasan SPM yang bakal menyambung pelajaran di IPTA/S atau terus bekerja. Generasi Y ini perlu menjalani proses yang membolehkan mereka menyelami dan memahami niat dan harapan ibubapa mereka.
Ertinya pelanggan terdiri dari ibubapa dan pelajar. Sekiranya mana-mana salah satu tidak berminat , maka pelanggan ini tidak akan berurusan dengan Jaiputra.

3.3. PRINSIP PEMASARAN JAIPUTRA

3.3.1. PERINGATAN

Bagi orang awam yang hendak diubah minda dan persepsinya kepada minda pelanggan primer dan sekunder, maka mereka perlu disedarkan bahawa di sana wujud keperluan mendesak terhadap masa depan sosial belia/remaja sehingga menghasilkan keadaan panik. Banyak peringatan perlu diberikan kepada golongan ini. Peringatan ini jika diberikan dengan bersistem dan susunan perkataan yang menarik akan membina kesan kepada minda luar sedar mereka, bahawa memang sistem pendidikan sekarang sangat mencabar anak-anak mereka. Jika tersilap langkah anak-anak mereka akan tergelincir, dan termasuk ke dalam gejala sosial yang sadis.

Amalan peringatan ini terbit dari formula ‘Re-Mind’. Fakta yang sama diolah dalam bentuk yang menarik dan diulang-siarkan. Sasarannya ialah mencipta ruang Jaiputra dalam minda luar sedar mereka.

3.3.2. KEPERCAYAAN

Banyak urusan perniagaan terhasil dari kepercayaan pelanggan kepada seseorang atau syarikat. Pelanggan sangat senang hati kepada peniaga yang jujur, perkhidmatan lepas jualan yang baik, sistem komunikasi yang menyenangkan hati dan lain-lain kebaikan peniaga/usahawan. Adakalanya pelanggan meminta perkhidmatan yang tidak disediakan, namun disebabkan kepercayaan maka banyak peluang perniagaan ditawarkan/dibina oleh pelanggan.
Kata kuncinya adalah ‘kepercayaan’. Ikram hakikatnya boleh mendapatkan kepercayaan pelangan dengan mudah, mereka punyai ahli yang tersohor dengan kebaikan dan kebolehpercayaannya. Cuma kebaikan dan kebolehpercayaan ini kurang tersebar luas. Kebaikan mereka lebih dirasai oleh orang di dalam kumpulan mereka.

Melalui mekanisma memperluaskan pengaruh dan populariti yang baik, kebaikan ini dapat dirasai oleh ramai orang. Ikram punyai banyak platform/wajihah yang boleh dimanafaatkan bagi menyebarluaskan kebaikan-kebaikan mereka. Antara platform yang sesuai bagi mempengaruhi remaja dan mendapatkan kepercayaan ibubapa adalah ABJZ, KBM, MH-I dan lain-lain. Apa kata dimaksimumkan kemanafaatannya.
Apabila kepercayaan telah dibina, maka nasihat dan saranan Ikram Daerah, supaya anak-anak mereka (pelanggan), disalurkan ke Jaiputra untuk menyambung pelajaran, bukan lagi satu jenaka. Mereka akan menerima pakai saranan itu. Jika kepercayaan (trust) diikuti dengan tertunainya amanah yang diberikan, maka bermulalah jaringan kepercayaan dan pembinaan peluang perniagaan untuk hari, bulan dan tahun berikutnya, berterusan hingga akhir hayat.

Mohon untuk dipertimbangkan.
Cikgu Bat
Jurulatih Motovasi Remaja
Segmen Kerjasana Dengan Ikram