Total Pageviews

Sunday, May 1, 2011

Pengumuman: Cara Menangani Gejala Sosial

Blog Menangani Gejala sosial mengucapkan Assalamualaikum wbkt, kepada semua.

Blog Menangani Gejala Sosial menyedari bahawa gejala sosial di Malaysia kini kian meruncing, dengan terpaparnya pelbagai berita di dalam media cetak dan elektronik mengenai isu-isu seks bebas, bersekedudukaan tanpa ikatan perkahwinan, pembuangan bayi, khalwat dan sebagainya, yang berkaitan dengan remaja dan belia mahupun golongan dewasa hari ini menjadi fenomena.

Akibatnya menularlah pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin, gejala kemurungan kerana termengandung atau ditinggal kekasih, penderaan seks, pembunuhan dan pelbagai jenayah yang berkaitan seks. Manakala kematian akibat penyakit berjangkit seksual ini meningkat dengan mendadak dan mengerunkan setiap tahun.

Menurut beberapa kajian mengenai pengetahuan dan kefahaman remaja-belia terhadap penyakit bawaan seks ini sangat rendah. Malahan kejahilan mahasiswa universiti terhadap isu penyakit-penyakit tersebut juga mencerminkan satu petunjuk bahawa ramai orang awam, jahil tentang bala akibat seks bebas ini.

Blog Menangani Gejala Sosial ingin menghebahkan bahawa Team ABJZ ingin menjadi peneraju pertama dan terkehadapan dalam menangani permasalahan ini dengan menyebarkan informasi dan kesedaran kepada masyarakat umum di Malaysia.

Sejarah awal kempen ABJZ ini bermula dengan tertubuhnya perlindungan dan bimbingan Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Modul ABJZ adalah diilhamkan menerusi pengalaman mengurus, mengendali dan membimbing remaja Putri di Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah. Pengalaman ini diunjurkan dengan terlaksananya pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina pada tahun 2007 yang telah dirasmikan oleh Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail.

Bagi ibubapa, penjaga, pemimpin masyarakat yang menghadapi isu-isu remaja/belia terutama berkenaan zina dan salahlaku seks, bolehlah memberikan maklumat berikut untuk kami berkongsi idea dan pengalaman.

Selamat berkunjung ke blog tersebut.
ABJZ Preview

Cikgu Bat
Jurulatih Anda Bijak Jauhi Zina
Pengendali Menangani Gejala Sosial
http;//menanganigejalasosial.blogspot.com
cikgubat@gmail.com

No comments:

Post a Comment