Total Pageviews

Friday, November 19, 2010

Motivasi Remaja: Membendung Gejala Buang Bayi dan Zina

Salam,

Motivasi Remaja yang dikendali oleh Cikgu Bat kali ini akan berkongsi berkenaan:

GEJALA PEMBUAGAN BAYI DAN ZINA:
KITA DAPAT MENCEGAHNYA
(Pendidikan Seksualiti Dalam Islam)

Salam,

1. Mukaddimah

Semua yang dikasihi sekalian. Mari kita selami cabaran remaja dan belia masa kini. Mereka yang baligh pada umur seawal 10 tahun, menduduki bangku sekolah sehingga 18 tahun, meneruskan pelajaran di menara gading sehingga umur 25 tahu dan bekerja sehingga umur 30 tahun. Selepas berumur 30 tahun barulah berkira-kira hendak mendirikan rumah tangga. Bayangkan musim mengawannya 'tersia-sia' selama 20 tahun dari umur 10 tahun hingga 30 tahun.

Bandingkan dengan kakak, abang atau ibu bapa kita dahulu, kalau yang perempuannya, baligh berumur 14 tahun, menikah pula pada umur 16 tahun. Zaman biang percumanya hanya berlalu sekitar 2 tahun. Tidak kita anggap 'tersia-sia' cuma ia adalah satu jangka masa pematangan dari sudut 'psikologi dan biologi'. Beza antara zaman 'biang percuma' remaja-belia masa kini dan masa dulu, berbeza selama 18 tahun.

Sepanjang 18 tahun zaman 'biang percuma' ini di harungi sebagai pelajar sekolah, pelajar IPT dan eksekutif muda, pastilah amat bergelora. Pelbagai kemungkinan berlaku ditambah pula dengan dengan ledakan dunia tanpa sempadan dan kecangihan sistem komunikasi. Kalau zaman ibubapa kita dahulu, sebagaimana digambarkan dalam filem-filem P. Ramli, hendak buat 'appointment dating' pun sudah menjadi satu cabaran yang besar, tulis surat dan selit di pagar atau tepi tingkap. Kalau hujan, surat pun basah dan jatuh, tak sempat dibaca oleh si dara, maka menanti dan menantilah di ujang di tempat yang dijanjikan, seperti pungguk rindukan bulan, si dara tak muncul tiba. Lebih malang jika surat jatuh ketangan si bapa, mengharapkan kehadiran si dara, rupanya si bapa tiba, bawa golok panjang.

Anak-anak kita zaman ini buat appointment semudah abc, lepas tu tempat 'appointment' yang 'eksklusif bersepah dipelusuk negeri, tak perlu lagi di balik pokok, di ladang getah.

Mari kita cari jalan-jalan penyelesaian terhadap isu-isu ini. Kita mesti santuni anak muda pewaris generasi kita, kerana kita bakal berlalu tak berapa lama lagi.

Dewasa kini, kita seolah-olah lali dengan suasana yang melanda masyarakat sehingga ia menjadi bahan berita yang terus menerus sambung menyambung yang menghiasi dada-dada akhbar dan skrin televisen di rumah-rumah kita. Seolah-olah berita-berita pada setiap hari tidak menjadi lengkap kecuali ia mesti diselang selikan dengan berita bersekedudukan, berkhalwat, ditangkap basah, berzina, keguguran dan pembuangan bayi.

بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ، و الصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ، الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

2. Kenapa berlaku pembuangan bayi ?
Semua kita bersetuju bahawa sesuatu perkara tidak akan terjadi kecuali mesti didasarkan kepada sebab-sebab. Saya juga yakin bahawa semua bersetuju bahawa gejala pembuangan bayi adalah natijah terakhir daripada perlakuan songsang yang diamalkan oleh “ Pembuang-Pembuang Bayi ” tersebut. Perlakuan songsang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah PERZINAAN. Oleh demikian gejala pembuangan bayi pasti tidak akan terjadi sekiranya faktor-faktor dorongan ke arah PERZINAAN tidak wujud. Oleh itu sepatutnya kita menjejaki faktor-faktor dorongan PERZINAAN terlebih dahulu sebagai peringatan sebelum kita menyelami GEJALA PEMBUANGAN BAYI.

3. Gejala Zina

Perkataan “ ZINA” adalah bahasa Arab yang digunakan oleh Allah dalam al-Quran, ia merujuk kepada perbuatan hubungan jenis/seks antara lelaki dan wanita yang belum diikat melalui perkahwinan yang sah menurut syariat Islam. Firman Allah وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً Maknanya “ Janganlah kamu mendekati zina, sesnugguhnya zina itu satu kejahatan dan seburuk-buruk jalan ”(Surah al-Isra’:32).

Namun demikian, perkataan ZINA seolah-olah menjadi fobia kepada orang yang takut kepada perundangan Islam. Mereka tidak gemar menggunakannya, sebaliknya mereka lebih suka dan mempopularkan istilah-istilah lain, contohnya BERSAMA, HUBUNGAN JENIS DI LUAR NIKAH, HUBUNGAN SEKS SECARA HARAM, PERSETUBUHAN HARAM, BERSEKEDUDUKAN, BERKHALWAT. Saya sendiri tidak yakin kenapa jadi begitu. Namun yang jelas ialah perkataan ZINA ada pengertian tersendiri di samping hukumnya yang jelas daripada Allah SWT. Mungkin mereka takut kepada HUKUM ALLAH.

4. Faktor Perzinaan

Secara normalnya, tanpa persetubuhan (sah/haram) seseorang wanita tidak akan mengandung. Ibu mengandung kerana bersetubuh dengan suaminya yang sah (jimak/sah). Wanita (bukan ibu) mengandung kerana bersetubuh dengan lelaki yang bukan suaminya (zina/haram). Persetubuhan (sah/haram) adalah tanda cinta yang amat tinggi antara lelaki dan wanita. Tidak termasuk rogol. Lelaki dan wanita saling menyerah antara satu sama lain melalui persetubuhan. ISTERI dan SUAMI memang layak dan patut begitu. TETAPI bagaimana dengan LELAKI dan WANITA tanpa ikatan boleh bersetubuh. Saya merasakan bahawa mungkin banyak sebab yang mendorong ke arah tersebut.

Banyak faktor dorongan tersebut, antaranya;
1. Filem yang merosakkan.
2. Pakaian yang menjolok mata
3. Ciri-ciri kehidupan ala barat
4. Terpengaruh dengan kawan yang jahat
5. Pergaulan bebas antara lelaki perempuan tanpa batas
6. Bahan lucah
7. Lemah iman

Saya tidak berhasrat untuk membincang panjang mengenai faktor tersebut, memadai hanya dengan menyimpulkan bahawa apabila seseorang itu jauh dan menyimpang daripada kehidupan beragama maka ia akan terjerumus ke dalam perkara maksiat.

5. Islam Mendahului Zaman

Dalam riuh rendah masyarakat ketika mendengar gejala pembuangan bayi yang sungguh meggerunkan iman orang-orang yang beriman, kita kurang dengar pula suara-suara yang menyeru kembali kepada ISLAM untuk menyekat perbuatan zina yang menjadi punca utama gejala pembuangan bayi. Amat menghairankan. Seolah-olah tidak ada penyelesian dalam ISLAM. Sebaliknya, kita banyak dengar cadangan-cadangan untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa . Ada baiknya. Lantaran itu, tumbuhlah “ Pusat-Pusat Selamatkan Bayi ”.

Sebenarnya, Islam sudah lama menyediakan kaedah dan cara untuk menghindari daripada terjerumus ke dalam perbuatan jahat ZINA yang terkutuk. Perlu dijelaskan bahawa ZINA adalah puncak kepada segala jenis perbuatan jahat antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin. Sebelum berZINA mereka akan berkenalan, berkawan, keluar bersama, berpegangan, bercumbuan dan lain-lain lagi sehingga membawa kepada berZINA.

Lantaran itu, ISLAM telah mengatur kehidupan umatnya sesuai dengan ISLAM sebagai SATU CARA HIDUP. Dalam hubungan tersebut ISLAM sudah sekian lama memperkenalkan PENDIDIKAN SEKS kepada umatnya. Abdullah Nasih Ulwan (t.t.:499) menyatakan “ Yang dimaksudkan dengan Pendidikan Seks ialah mengajar kanak-kanak, mendidik dan berterus terang dengan mereka sejak mereka mula terfikir tentang seks, berkaitan dengan keinginan seks dan perkahwinan sehinggalah mereka memahami urusan kehidupan mana yang halal dan mana yang haram. Akhirnya terbentuklah akhlak Islam yang unik pada diri mereka, seterusnya tidak tunduk kepada nafsu shahwah dan tidak tercari-cari jalan halal ”

Pendidikan Seks tersebut yang perlu difahami oleh setiap ibubapa. Ia dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut;
1. Antara umur 7-10 tahun; (Mumayyiz) berkaitan dengan adab meminta izin dan memandang.
2. Antara umur 10-14 tahun; (Remaja) berkaitan dengan menjauhi daripada unsur rangsangan seks.
3. Antara umur 14-16 tahun; (Bersedia); diajar adab-adab berjimak, jika sedia untuk kahwin.
4. Selepas umur bersedia (Pemuda); diajar tentang adab-adab kesopanan marwah jika tidak mampu kahwin.

5.1 Adab Meminta Izin

Firman Allah dalam surah al-Nur 58
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاء ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ طَوَّافُونَ عَلَيْكُم بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Makna “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Motivasi Remaja (Cikgu Bat) mengariskan Tiga masa perlu minta izin;
1. Sebelum solat Subuh, kerana orang masih tidur.
2. Waktu tengahari, kerana mungkin orang membuka pakaian 3. Selepas solat Isya’, kerana waktu rehat.

Tujuannya; mengajar dan mendidik asas-asas adab dan akhlak anak-anak bersama ahli keluarga. SUPAYA anak tidak terperanjat jika terserempak dan terpandang sesuatu yang tidak patut dilihatnya pada usia semuda itu.

Jika mencapai umur baligh, Allah berfirman dalam surah al-Nur : 59
وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Makna “Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Kata Abdullah Nasih Ulwan (t.t.:501) “ Betapa besarnya durjana, apabila anak-anak memasuki bilik ibubapa dan didapati mereka sedang berjimak, kemudian dia keluar dan bercakap dengan rakan-rakannya yang masih kecil mengenai apa yang dilihatnya. Betapa anak tadi akan terperanjat setiap kali gambaran itu kembali dalam mindanya dan berfikir tentang gambaran tersebut”

5.2 Adab Memandang

Ibubapa mesti mengambil berat berkenaan adab memandang sejak umur mumayyiz, supaya anak-anak tahu batasan halal haram, akhirnya ia terbentuk dengan keadaan tesebut sehingga remaja, pemuda dan dewasa.

Allah berfirman dalam surah al-Nisa’: 23
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ وَبَنَاتُ الأَخِ وَبَنَاتُ الأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُواْ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُواْ بَيْنَ الأُخْتَيْنِ إَلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Makna “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

1. Adab memandang kepada mahram

Dibolehkan Mahram lelaki memandang Mahram perempuan pada anggota-anggota daripada paras dada ke atas dan paras lutut ke bawah jika terkawal nafsu kedua-duanya dan jika tidak terkawal nafsu maka ia tidak dibenarkan.

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur:31)

Mahram lelaki terutama yang sudah remaja tidak dibenarkan memandang mahram perempuannya yang memakai pakaian pendek yang menampakkan paha atau memakai pakaian jarang yang boleh nampak auratnya. Begitu juga sebaliknya bagi remaja perempuan.

2. Adab memandang kepada wanita ajnabiy (asing/bukan mahram)

Tidak boleh memandang perempuan ajnabiy sama ada secara bernafsu atau tidak.

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (al-Nur:30)

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; (al-Nur:31)
Terdapat beberapa Hadis berkaitan dengan perkara tersebut

Sabda Nabi saw. ( النظرة سهم من سهام ابليس من تركها من مخافتي أبدلته إيمانا يجد حلاوته في قلبه ) Maknanya : Pandangan adalah antara panahan Iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Aku, nescaya Aku akan menukarkannya sebagai keimanan yang ia akan dapat mengecapinya di dalam hati. Hadis riwayat al-Tabaraniy dan al-Hakim.

6. Jauhi anak-anak daripada rangsangan seks

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ ......... أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka......... atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; al-Nur:31

Ayat di atas menjelaskan bahawa kanak-kanak yang belum mengetahui tentang hal ehwal wanita dan auratnya masih dibolehkan memasuki tempat-tempat wanita. Tetapi apabila mencapai umur awal remaja (9 tahun ke atas) yang sudah boleh membezakan antara cantik dan buruk dan menimbulkan rangsangan seks tidak dibolehkan.

Hadis ( مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين ، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر ، وفرقوا بينهم في المضاجع ) Maknanya “ Didiklah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (kerana meninggalkan sembahyang) ketika berumur sepuluh tahun, dan PISAHLAH TEMPAT TIDUR MEREKA” Riwayat al-Hakim dan Abu Daud.

Pengajaran Penting

1. Ibubapa mesti memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan apabila mencapai umur 10 tahun. 2. Ibubapa juga perlu mengambil tindakan positif dan langkah-langkah berjaga-jaga daripada membangkitkan keghairahan seks.

7. Berterus terang mengenai seks

Abdullah Nasih ‘Ulwan (t.t : 596) melontarkan beberapa persoalan ;
1. “ Adakah para pendidik (ibubapa) boleh berterus terang kepada anak-anak persoalan seks sedangkan mereka masih kecil ”
2. “ Adakah boleh bercerita perkara yang berkaitan dengan anggota pembiakan serta peranannya, tentang mengandung dan proses kelahiran ? ”
3. “ Adakah boleh memberitahu tentang jimak apabila masuk tempoh kesediaan untuk kahwin ”
Beliau menjawab persoalan tersebut dengan berdasarkan kepada tiga perkara asas ;

1. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan seks.

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَفَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (al-Mukminun 5-7)

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (al-Baqarah : 178)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ النِّسَاء فِي الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىَ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah : 222)

نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
(al-Baqarah : 223)

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدْرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ
Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. (al-Baqarah : 236)

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah, Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (al-Mukminun : 12-13)

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) (al-Isra’ : 32)

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (al-Nur : 3)

√ Bagaimana anak-anak kecil boleh memahami ayat-ayat tersebut kalau tanpa penjelasan daripada guru atau ibubapanya ?
√ Tidak boleh (tidak patut) golongan cerdik pandai hanya menyerahkan kepada pendidik atau guru menyentuh secara sambil lewa dan tidak berpijak pada maknanya sebenar atau terlalu menjaga kehormatan tanpa penjelasan. Ini bertentangan dengan dasar pendidikan Islam yang sebenarnya.
√ al-Quran tidak menyukai orang-orang yang membacanya tetapi tidak meneliti maknanya, dianggap sebagai ketiadaan roh, hati yang tertutup dan jiwa yang keras.
Dengan penjelasan yang baik akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut ;
√ akan mengetahui halal haram, apa yang patut dirai dan dihindari...ketika ingin memenuhi keperluan seks.
√ menambah keimanan dengan ciptaan Allah mengenai kejadian manusia
√ mengetahui adalah satu-satunya Agama yang syumul, termasuk memenuhi keperluan seks manusia.

2. Wajib mengajar anak-anak kecil mengenai hukum berkaitan dengan baligh, ciri-ciri remaja, sehingga apabila mereka mencapai peringkat umur tersebut mereka mengetahui yang patut dilakukan dan patut ditinggalkan, akan mengetahui juga halal haramnya.

3. Wajib mengajar kepada anak-anak mengenai asas-asas jimak dan adab-adab memenuhi keperluan tabie (seks).

Oleh;
Cikgu Bat
Jurulatih Motivasi remaja dan ABJZ
(ubahsuaian nota Ust.Dr.Mohd Sharani bin Mohd)