Total Pageviews

Sunday, March 6, 2011

Motivasi Remaja: Larian Kilang Roti Gaza

Asm.

Di Motivasi Remaja kali ini Cikgu Bat ingin berkongsi sebahagian kertas Kerja Perlaksanaan Larian Kilang Roti Gaza bagi mengumpul dana pembangunan kilang roti di Palestin. Selamat membaca dan jika berminat boleh la laksanakan ditempat anda...

1. Tajuk Projek:

Larian Kilang Roti Gaza

a. Tarikh:
Mula pada 12 Mac dan tamat pada 31 Mac 2011, Selama 20 hari.

b. Jalur Larian: Jajahan-jajahan negeri Kelantan.
Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok, Pasir Putih, Ketereh, Machang dan Tanah Merah.

c. Tempat dan Kumpulan sasar:
Tempat berhenti yang diberi keutamaan sepanjang larian ini adalah sekolah, IPT, Masjid/Surau, Kilang, Pejabat Jabatan Kerajaan, pusat membeli belah dan lain-lain premis yang difikirkan penting.

2. Rasional Larian:

Aktiviti luar biasa dengan kemahuan yang kental, seringkali menarik minat ramai orang, baik untuk terlibat sama atau mengambil tahu atau sebagai pengkritik. Bagi aktiviti yang menggunakan kekuatan fizikal dan mental ia mampu menarik perhatian golongan remaja. Jika sesuatu aktiviti itu menarik minat ramai, ia bakal membentuk satu fenomena. Fenomena ini penting bagi sebahagian syarikat atau individu melakukan aktiviti promosi dan penerangan

Manakala isu yang diketengahkan dalam program larian ini adalah isu sejagat (universal) iaitu Kempen Kesedaran dan Pengutipan Derma untuk Projek Ternakan Lembu dan kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin. Pastinya sambutan akan begitu mudah diterima dan berjaya merancakkan lagi kempen tersebut.

Penjelasan Laluan projek:

Laluan yang dipilih benerapa daerah padat penduduk di Negeri Kelantan.
Setiap hari di sepanjang laluan tersebut disasarkan sekurang-kurangnya dua sesi penerangan dapat dilaksanakan, iaitu pada waktu siang dan malam. Pada siang hari sasaran utama adalah taklimat di sekolah dan pejabat, andai kata taklimat tidak dapat dilaksanakan, larian kutipan derma akan dibuat. Larian akan ditamatkan seawal jam 4.00 petang. Pada sebelah malam, adalah dijangkakan slot kuliah Maghrib dapat diberikan untuk sesi Penerangan Aqsa Syarif.

Faktor Penghad:

Faktor penghad larian adalah masa, bukan jarak. Semakin tinggi kepadatan penduduk, halaju akan dikurangkan, sementara di laluan kepadatan penduduk rendah, halaju akan dipertingkatkan. Ertinya tiada larian dilakukan dikawasan ladang dan hutan, dalam hal ini masa larian hanya 4 jam diambil kira, iaitu hanya melibatkan seorang pelari dengan pengiring keselamatan sahaja tanpa pelari pengganti. Pelari utama akan menaiki kenderaan untuk tiba di lokasi yang sesuai lebih awal. Oleh itu konsep larian disini sebagaimana objektif di bawah, ia bertepatan antara satu sama lain.


3. Pelan Projek

3.1 Objektif Am

Projek larian ini adalah untuk;

a. Menyebar luaskan maklumat mengenai isu-isu Palestin dan
b. Mengumpul dana bagi pembangunan projek Kilang Roti (kebajikan rakyat Malaysia) di Gaza.

3.2. Objektif khusus

a. Mencetus gimik massa bagi melahirkan semangat ingin tahu dan berani menyumbang dalam jumlah yang besar.
b. Menarik minat dan menimbulkan fenomena sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu-isu Palestin dengan sekurang-kurangnya 2 kali sesi penerangan sehari atau keseluruhan projek 20 sesi penerangan.
c. Mengerak dan mengembling tenaga pihak media cetak dan elektronik, pertubuhan dan IPT bagi memaksimumkan sebaran maklumat dan melonjakkan jumlah kutipan dana dengan anggaran minima Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu (RM30,000.00) atau lebih.
d. Meningkatkan lagi jumlah jalinan antara sukarelawan Aqsa Syarif dengan pemimpin masyarakat serta membentuk takungan sukarelawan baru sekurang-kurangnya sepoluh (10) orang dan sekurang-kurangnya 20 jemputan Sesi Penerangan di luar jadual projek diterima.
e. Larian akan dilakukan selama 4 jam sehari bagi seorang pelari atau lapan (8) jam sehari untuk dua pelari, bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari disambung semula pada jam 2.00 hingga 4.00 petang, jika perlu larian akan diteruskan pada jam 5.00 hingga 6.00 petang. Larian akan dihentikan 30 minit lebih awal, jika ada jemputan sesi penerangan.
f. Mempromosikan agensi penaja pada waktu selingan, logo pada pakaian, banner, bunting dan kenderaan.
g. Menyebarkan maklumat mengenai aktiviti sepanjang hari di facebook sekurang-kurangnya sekali selepas sesi penerangan sebelah malam.

3.3. Kaedah dan aktiviti projek

Aqsa Syarif Pusat berperanan;
a. Menghubungi pihak media terutama TV3 bagi memberitahu maklumat terkini berkenaan lokasi pelari, aktiviti yang dilaksana sepanjang larian serta jumlah kutipan yang berjaya di kumpul pada setiap hari.

Aqsa Syarif Negeri Kelantan berperanan;
a. Menyediakan seorang sukarelawan sebagai pemandu kenderaan pengiring/lojistik.
b. Mendapatkan tajaan dalam bentuk pakaian, makanan, kenderaan pengiring dan keperluan penginapan.

Aqsa Syarif Daerah;
a. Mengeluar dan menyebarkan surat hasrat untuk mengutip derma kepada masyakat sekitar terutama pekedai, sebaik-baiknya tiga (3) hari sebelum pelari tiba dilaluan, juga boleh disebarkan di pesisir laluan. Surat tersebut boleh dicetak sendiri, jika mahu keseragaman bolehlah menggunakan templat yang telah disediakan.
b. Bagi kawasan pesisir laluan, mereka boleh membuat kutipan dan sesi penerangan susulan (bukan pada hari laluan serta penceramah Aqsa Syarif yang lain), sebagai mengambil semangat larian tersebut walaupun pelari sudah melepasi lokasi.
c. Membantu pelari dan krew larian dari sudut kesegaran, menetapkan kawasan rehat dan sesi penerangan ceramah.


Kolej Jaiputra berperanan;
a. Menyediakan kemudahan dan keperluan logistik berbentuk, kenderaan pengiring, kenderaan lojistik, peralatan dan keperluan pameran dan ceramah.
b. Berperanan menentukan tempat menginap dan mendapatkan kebenaran. Pilihan utama adalah Masjid jika tiada tajaan.
c. Menyediakan bajet bagi kesegaran dan komunikasi.
d. Menyediakan seorang sukarelawan sebagai pemandu kenderaan pengiring/lojistik dan berperanan sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan membuat laporan kepada media dan facebook.

Bat Kamaruzzaman bin Abdul Kadir (pelari 1) berperanan dan bertanggungjawab;
a. Membuat latihan dan persediaan fizikal.
b. Melaksanakan larian selama 4 jam sehari.
c. Mengawal keselamatan pelari 2 secara berselang seli.
d. Menyampaikan taklimat/penerangan/ceramah jika dijemput.
e. Membuat laporan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari dalam facebook.

Mohd. Roli bin Hassan (pelari 2) berperanan dan bertanggungjawab
a. Membuat latihan dan persediaan fizikal.
b. Melaksanakan larian selama 4 jam sehari secara berganti dengan pelari 1.
c. Mengawal keselamatan pelari 1 secara berselang seli.
d. Mengutip derma.


3.4. Tempoh projek

Projek larian ini mengambil masa selama 20 hari, bermula dari larian hari pertama. Walau bagaimana pun keseluruhan masa yang diperlukan adalah selama 35 hari.

Jadual Larian akan dimaklumkan kemudian.

Cikgu Bat
Jurulatih Motivasi Remaja
Larian Kilang Roti Gaza
terima kasih