Total Pageviews

Thursday, December 23, 2010

Motivasi Remaja: ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina)

Salam,

Motivasi Remaja dalam Segmen ABJZ ingin memecah tradisi. Mari kita selami idea Cikgu Bat.

Sebagai individu yang begitu sensitif terhadap isu gejala sosial remaja, maka kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan ikut sama mengambil bahagian dalam aktiviti ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina), sebagai sukarelawan sambilan atau sepenuh masa.

Latihan dan Perakuan

Latihan dan perakuan adalah diberikan oleh Raudhatus Sakinah Master Training and Consultancy (001916043-A).

Syarikat ini akan melaksanakan;

1. Latihan dan perundingan Petugas ABJZ serta golongan profesional bagi tujuan menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran.
2. Membina lebih ramai lagi tenaga (man power) untuk berada di dalam satu barisan bagi menangani permasalahan yang makin serius dikalangan profesional, NGO, persatuan, individu dan sebagainya.
3. Membina lebih luas rangkaian (networking) dengan pihak terbabit dalam usaha menyampaikan mesej utama ABJZ di peringkat lebih tinggi iaitu di peringkat nasional.
4. Memperkayakan, merangka dan membina pelbagai pakej latihan ABJZ bagi memenuhi permintaan.

Kelebihan menjadi Sukarelawan terlatih dan berdaftar.

Motivasi Remaja, dalam Segmen ABJZ mendedahkan bahawa, apabila anda menyertai RSM, anda akan mendapat lesen kebenaran dan perlantikan sah dibawah Raudhatus Sakinah Master untuk mengedar, menyebar dan mengadakan program mahupun aktiviti yang berkaitan dengan Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)*.

Pendaftaran yang telah dilakukan akan melayakkan juga anda untuk mengadakan hubungan (networking) dan pemasaran (marketing) di mana-mana insitusi dan di seluruh negeri dengan jenama ABJZ.

Sokongan dan Latihan.

Pelbagai bentuk latihan dan bimbingan akan dipimpin oleh Raudhatus Sakinah Master menerusi hebahan menerusi internet, e-mail dan juga SMS. Latihan ini bertujuan untuk memastikan setiap ahli mampu menguasai keseluruhan konsep, bahan, modul dan gerak kerja secara keseluruhan agar mampu melaksanakan tugasan dengan lebih efisien.

Latihan untuk Zon Pantai Timur dijangka akan dilaksanakan seperti berikut;

Tarikh: 28 dan 29 Januari 2011
Tempat: Kolej JAIPUTRA Kota Bharu
Yuran: RM 400.00/pax (Diskaun 25% bagi yang mendaftar dan membayar 7 hari sebelum tarikh).

Berminat sila hubungi Cikgu Bat di talian 013-9817453.

Cikgu Bat
Jurulatih Motivasi Remaja
Segmen ABJZ

No comments:

Post a Comment