Total Pageviews

Wednesday, April 13, 2011

Motivasi Remaja-Cara Mudah Dapat Duit Modal Kecil Di Internet

Asm.

Kali ini cikgu Bat melalui Blog Motivasi Remaja ini ingin berkongsi pengalaman pula berkenaan Cara Mudah Dapat Duit Modal Kecil Di Internet: Utk Remaja.

Segmen ini dijangka akan berlanjutan beberapa bulan mungkin sehingga hujung tahun ini. Ini adalah perkongsian ilmu dan pengalaman Cikgu Bat sendiri.

Selamat membaca

Nota 1: Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet!

Soalan yang ramai tertanya-tanya apa yang peru dijual di Internet. Langkah pertama dalam memulakan perniagaan Internet adalah, mempunyai sesuatu untuk dijual.

Pelbagai produk boleh kita jual di Internet seperti kasut, baju, tudung, buku, kuih muih, ukiran al Quran, produk kesihatan, produk kecantikan, perfum dan macam-macam lagi, begitu banyak senarainya...hanya yang kaku tiada tahu!

Satu cara yang baik untuk mengetahui produk apa yang kita harus jual adalah, fikirkan apa yang kita suka lakukan? Apakah minat kita? Produk apa yang kita sering menarik perhatian kita?

Sekiranya kita minat membaca, maka, mungkin buku merupakan produk terbaik untuk kita jual di Internet. Sekiranya suka membaca buku kewangan, apa kata jual buku-buku kewangan di Internet.
Menjual sesuatu yang kita minat seperti buku pada permulaannya boleh menjana pendapatan sambilan. Dengan lebih pengalaman, tidak mustahil ia boleh menjanakan pendapatan sepenuh masa.

Sekiranya kita minat fesyen, pastinya produk fesyen boleh dijadikan produk untuk kita niagakan. Mungkin kita meminati fesyen uslimah. Maka, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan dengan fesyen muslimah. Produk fesyen mengikut trend sering menjadi permintaan yang tinggi di Internet.

Sekiranya kita pandai membuat kuih, tak salah meniagakan kuih-kuih kita melalui Internet. Kuih tradisional, cupcakes atau muffin sudah mula dijual di Internet oleh ramai surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah!

Selalu fikirkan apa yang kita minat. Tanya pada diri sendiri apa yang kita suka lakukan, dan cari perniagaan yang berkisar tentang minat tersebut. Dengan banyak bertanya pada diri sendiri, maka banyak jawapan yang kita akan dapat dan jawapan-jawapan tersebut adalah idea sedia ada mendapatkan produk untuk di jual di Internet.

Ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat dan suka, oleh kerana perniagaan yang kita jalankan juga perlu menjadi perniagaan yang kita minat dan suka usahakan! Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 10 produk yang menarik minat anda dan boleh anda niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.

Di Internet, bukan sahaja kita boleh niagakan produk seperti contoh-contoh di atas, tetapi juga boleh niagakan perkhidmatan.


Mempunyai idea produk untuk di jual di Internet sahaja tidak mencukupi. Pastikan produk yang anda ingin niagakan mempunyai permintaan sedia ada di Internet- ini akan memastikan perniagaan Internet anda berjaya.

Di Siri penerangan Cikgu Bat, anda akan didedahkan beberapa cara bagaimana hendak memastikan produk yang anda ingin niagakan di Internet mempunyai permintaan yang tinggi! Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat tahu trend produk masa kini-dan masa-masa akan datang yang mempunyai permintaan yang hebat di Internet.

Pastikan anda sering berada langkah dihadapan pesaing-pesaing anda dengan maklumat ini!


Nota 2: Nak Jual Apa? - Berikan perkhidmatan di Internet!


Sekiranya anda mempunyai kebolehan, skil atau kekuatan dalam sesuatu bidang perkhidmatan, ianya boleh dijadikan perniagaan di Internet. Perkhidmatan lain termasuk, konsultan, ejen hartanah, ejen MLM, penasihat, motivator, pengalih bahasa, pereka grafik, pereka laman web, menjahit, make-up artist dan sebagainya, nasihat remaja...

Sekiranya anda seorang ejen insurans, mungkin sehari  anda boleh berjumpa dengan 2-3 orang prospek. Tetapi, dengan membawa perniagaan anda ke Internet, bukan sekadar 2-3 prospek sehari, malah 200-300 atau lebih prospek sehari, anda boleh dapat. Dengan menggunakan strategi perniagaan Internet yang betul, seorang ejen insurans dapat menggandakan prospek dan juga pelanggan.

Sekiranya hobi anda adalah menjahit, anda juga boleh menerima tempahan menjahit melalui online. Sama seperti contoh diatas, ramai telah menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan- sehingga tidak cukup tangan! Perkhidmatan menjahit juga boleh diniagakan di Internet.

Sekiranya anda bagus berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau sebagai tambahan boleh berbahasa lain, pada bila-bila masa sahaja anda boleh mulakan perniagaan mengalih bahasa di Internet. Dengan sedikit kreativiti, sememangnya peluang perniagaan di Internet adalah amat luas dan tidak terhad kepada menjual produk sahaja, tetapi juga menjual perkhidmatan melalui kebolehan yang kita ada.

Lihat pada kebolehan dan kekuatan diri anda sendiri. Apakah kepakaran kita yang boleh dijadikan perkhidmatan untuk diniagakan di Internet. Adakalanya anda dapati ianya sukar melihat kebolehan dan kekuatan diri. Sekiranya ini berlaku, fikirkan apakah yang sering ditanya oleh kenalan anda atau keluarga anda pada anda? Mereka sering bertanyakan anda mengenai bidang apa? Pastinya bidang yang sering kenalan dan keluarga tanya pada anda merupakan kebolehan dan kepakaran anda tersendiri. Bolehkah anda niagakannya di Internet?

Ambil pen dan kertas, dan senaraikan 5 perkhidmatan yang anda rasakan anda boleh niagakan di Internet. Lakukan aktiviti ini sekarang untuk menjana idea.
Pada nota 1, saya telah kongsikan tentang produk. Nota ini pula tentang perkhidmatan yang boleh diniagakan di Internet. Jangan lepaskan membaca nota3, saya akan kongsikan sesuatu bentuk perniagaan yang amat laris di Internet!

Tip 2 dari Cikgu Bat:

Apa yang membezakan mendapat 2-3 prospek sehari atau 200-300 prospek sehari adalah- strategi promosi yang dijalankan.

Di Seminar  Perniagaan Internet Cikgu Bat , anda akan ditunjukkan cara-cara promosi perniagaan Internet anda untuk mendapatkan 200-300 atau lebih, prospek untuk perniagaan anda setiap hari.

Lebih ramai pelawat laman web anda, maka lebih tinggi peluang untuk anda mengubah prospek menjadi pelanggan anda!

Jangan lepaskan peluang ini, dan dapatkan pelanggan tanpa had!


NOTA 3: Nak Jual Apa? - Informasi produk terlaris di Internet!

Apakah produk yang paling laris di Internet? Jawapannya adalah informasi. Selain daripada menjual produk, atau meniagakan perkhidmatan di Internet, anda juga boleh menjual informasi yang merupakan produk yang paling laris di Internet.

Di internet, kaedah menjual informasi yang kini popular, adalah berbentuk ebook (ebuku). Dengan pelbagai peralatan mudah alih seperti handphone, iPad, Kindle dan sebagainya, produk informasi seperti ebook bukan sahaja sebagai produk yang paling laris di Internet kini, tetapi juga mempunyai potensi yang amat besar tahun-tahun akan datang.

Tak kira apa sahaja industri yang kita jalankan, pastinya terdapat maklumat yang boleh dikongsikan, dan ianya boleh dikongsikan dalam bentuk ebook. Lihat juga kebolehan diri kita atau perkhidmatan yang kita jalankan- bolehkah ianya diubah menjadi produk informasi untuk mendapat pendapatan yang berterusan?

Sebagai contoh, sekiranya anda minat memasak, anda boleh menghasilkan ebook resipi untuk dijual di Internet. Malaysia penuh dengan berbagai-bagai masakan termasuk masakan Melayu, Cina dan juga India. Tak lupa pula negara jiran seperti Thailand, Singapore dan Indonesia. Kompilasi resepi terbaik boleh dihasilkan dalam bentuk ebook dan dijual ke seluruh dunia untuk mendapat pendapatan residual (hasilkan satu ebook, dan terima pendapatan berkali-kali)

Sekiranya anda mempunyai hasil kerja bertulis seperti thesis, projek, atau apa sahaja yang boleh diubah menjadikan format ebook, apakata anda lakukannya dan menjana pendpaatan sampingan daripada online. Salah satu format ebook yang diterima ramai adalah format PDF.

Hobi, minat dan kepakaran boleh diubah menjadi maklumat infomasi ebook. Contoh seperti "Cara menurunkan berat badan selepas bersalin", "Kaedah berhenti merokok dalam masa 14 hari", "Cara menjimatkan wang", "Tip-tip mengembara", "Lokasi-lokasi hebat selaman skuba di Malaysia" dan banyak  lagi topik boleh menjadi ebook!

Ambil pen dan kertas, dan tuliskan 3 tajuk ebook yang mungkin anda boleh hasilkan untuk dipasarkan di Internet.

Sejak 3 nota lepas, saya telah memberi idea-idea apa yang boleh dijual di Internet. Rujuk kembali nota  yang lepas dan cuba fikirkan apakah produk, perkhidmatan dan informasi yang boleh anda niagakan di Internet.

Pada nota 4, saya akan kongsikan pula cara bagaimana hendak memasarkan produk, perkhidmatan atau informasi anda di Internet melalui laman web!

Tip Cikgu Bat:

Informasi adalah produk yang paling laris di Internet, dan kaedah popular meniagakan informasi adalah melalui ebook.Dari nota Perniagaan Internet Cikgu Bat, anda akan mempelajari kaedah menghasilkan ebook yang mempunyai permintaan tinggi- walaupun anda tidak pandai menulis!

Anda juga akan didedahkan kaedah membina kepercayaan dan kredibiliti supaya dapat membina keyakinan orang ramai untuk mendapatkan informasi daripada anda.

Sebab utama pelawat tidak membeli daripada anda adalah kerana kepercayaan. Ini kerana, tiada pertemuan bersemuka dalam perniagaan Internet, dan tahap kepercayaan adalah kurang. Oleh itu, ketahui langkah-demi langkah bagaimana anda boleh membina kepercayaan pelawat anda supaya ramai ingin menjadi pelanggan anda.

NOTA 4: Laman web - Perniagaan Internet menggunakan blog

Dari 3 Nota yang lepas saya telah menulis mengenai produk, perkhidmatan dan juga informasi yang boleh dijual di Internet. Sememangnya tiada had dalam apa yang boleh anda niagakan di Internet- idea perniagaan ada di mana-mana sahaja.

Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjualnya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!

Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online. Contoh blog adalah blog saya sendiri iaitu http://cikgubat.blogspot.com,
atau kolej kami www.jaiputra.edu.my 
Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog.
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.
Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/. Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!
Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.
Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!
Jangan lupa membaca nota seterusnya, kerana saya akan kongsikan pula bagaimana anda boleh menggunakan Facebook sebagai platform perniagaan anda! Pastinya anda mempunyai akaun Facebook bukan?

Tip Cikgu Bat:

Terdapat terlalu banyak blog di Internet masa kini. Sehingga ianya dikatakan untuk setiap jam, 3,000 blog baru di bina di Internet!
Namun begitu, blog masih merupakan cara yang amat penting dalam perniagaan Internet. Dari nota Perniagaan Internet Cikgu Bat, anda akan ketahui cara menjenamakan blog anda supaya ia menjadi lebih popular berbanding pesaing-pesaing anda.
Blog yang mendapat ramai pengunjung yang berulang akan dapat membina kepercayaan dan juga jenama perniagaan anda. Ketahui cara-caranya dari nota Perniagaan Internet Cikgu Bat!

NOTA 5: Laman web - Berniaga melalui Facebook

Berkemungkinan besar, anda mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita.

Selain daripada blog, seperti mana saya kongsikan semalam, Facebook juga merupakan sejenis laman web yang boleh menjadi platform perniagaan anda. Tidak kira sama ada anda menjual produk, perkhidmatan atau informasi seperti email-email yang lepas, Facebook boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda.

TETAPI!

Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka cara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan? Ataupun mungkin ada orang lain meletakkan IKLAN di bahagain comments status anda? Ataupun anda mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka?

Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara prmosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan secara membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.

Motivasi Remaja ingin memperingatkan (Cikgu Bat) JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming. Segmen Jana Duit Tanpa Modal mencadangkan....anda baca terus

Jadi, apakah caranya promosi di Facebook?

Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda.

Perbanyakkan kongsi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan industri anda. Contoh, sekiranya anda menjual tudung, kongsikan kaedah mengikat tudung, gambar-gambar artis kegemaran anda yang mengenakan fesyen tudung, atau klip-klip video yang berkaitan sehingga videoclip Maher Zain pun boleh! Bila banyak berkongsi maklumat, keyakinan dan kredibiliti dapat dibina, dan di siti, sekali sekala, baru promosikan dan beri sesuatu diskaun untuk tudung yang dijual.

Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan!

Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda.

Tidak kira apa sahaja yang anda jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat berkaitan dengan industri anda daripada lebihkan promosi semata-mata. Bila anda banyak berkongsi maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda!

Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang.

Nota yang lalu dan nota ini saya kongsikan menjalankan perniagaan melalui blog dan Facebook. Untuk nota berikut, saya akan kongsikan bagaimana menjalankan perniagaan anda menggunakan laman web secara terus!

Tip Cikgu Bat:

Tahukah anda, kini syarikat-syarikat besar seperti Coca Cola, Toys R Us, Starbucks dan sebagainya berlumba-lumba menggunakan Facebook dalam meningkatkan jualan mereka?

Pemilik Facebook Mark Zuckerberg telah menghasilkan kaedah yang paling tepat dan efektif dalam promosi perniagaan- dan ianya merupakan teknik HOT untuk tahun 2011 (dan 2010 bagi mereka yang sudah tahu!) ini dalam memasarkan sesuatu perniagaan.

Apa yang lebih penting adalah, teknik ini berkos amat rendah dan dapat menyasarkan tepat kepada prospek-prospek terbaik anda tidak kira di Malaysia atau dimana sahaja di dunia!

Syarikat-syarikat besar menggunakan teknik ini, dan anda juga perlu menggunakannya! Pelajari kaedah TIP PANAS ini di Dari Cikgu Bat sebelum orang lain menggunakannya!


NOTA 6: Laman web - Memiliki laman web sendiri

Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.

Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai" anda di Internet.

Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.

Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 setahun sahaja yang dibayar kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!

Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja- tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia!

Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan (banyak lagi boleh diberi!):

http://ziquexstore.com – menjual gadget elektronik dan handphone (milik anak saudara saya dan ada sedikit kepentingan saya, anda boleh jual semula barangan di sini)

www.nazira.biz - menjual tudung kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!

www.halalgelatine.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!

www.muffinsmonster.com - menjual muffin kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!

Catatan: Saya cadangkan anda jual semula barangan tersebut dengan harga anda sendiri (dropshipping).

Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
2. Upah orang lain membinakan laman web

1. Belajar membina laman web sendiri

Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Kaedah membina laman web boleh dipelajarai dengan mudah. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web.

Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas!

Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.

2. Upah orang lain membinakan laman web

Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut- tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut.

Sama seperti memulakan perniagaan Internet- tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi- dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.

Anda kini telah mendapat idea apa yang boleh diniagakan di Internet- sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, dan juga platform untuk berurusan di Internet iaitu melalui blog, facebook atau laman sendiri. Di nota berikutnya, saya akan kongsikan kaedah untuk anda terima bayaran daripada pelanggan anda pula! Teruskan membaca!

Tip Cikgu Bat:

Tak kira sama ada anda membina laman web anda sendiri atau mengupah orang lain membina untuk anda, ianya amat penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri laman web yang boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan.

Isi kandungan sesuatu laman web perlu boleh mengubahkan pelawat menjadi pelanggan. Gabungan teknik penulisan jualan, psikologi perniagaan dan perkataan-perkataan yang boleh menjual akan menggandakan keuntungan sesuatu laman web perniagaan Internet.

Dari nota Perniagaan Internet Cikgu Bat, anda akan ketahui teknik-teknik jualan untuk menjadikan laman web anda sebuah laman yang menjual!


NOTA 7: Cara terima bayaran - Pelanggan Bank-in

Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in.

Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.

Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayarn (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (bank apa-apa pun).

Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan.

Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.

Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.

Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan. Dalam nota berikutnya, saya akan kongsikan pula bagaimana caranya untuk anda menerima bayaran berbentuk kad kredit dari pelanggan tempatan dan juga luar negara!

Tip Cikgu Bat:

Salah satu misi utama seseorang usahawan Internet adalah untuk membina kepercayaan pada pelanggan supaya mereka yakin untuk melakukan bayaran.

Terdapat langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan di sesuatu laman web untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk melakukan bayaran.

Langkah-langkah mudah ini akan dikongsikan dalam nota Cikgu Bat berikutnya!


NOTA 8: Cara terima bayaran - Terima bayaran kad kredit

Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit dariapda pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di Internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.

Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah- dan juga tidak mahal.

Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda.

Merchant account boleh di ibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit dari pelanggan bagi pihak anda. Pelanggan akan melakukan pembayaran kad kredit kepada merchant account, dan merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3%-5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.

Saya cadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan Internet serata dunia termasuk Malaysia.

Untuk mendaftarakaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Sekiranya perniagaan anda mengsasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar Negara sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.

Cikgu Bat
Jurulatih Motivasi Remaja
Segmen Jana Duit Tanpa Modal
http://cikgubat.blogspot.com
<meta property="fb:admins" content="user_id" />
<meta property="fb:page_id" content="your_page_id" />
<meta property="fb:app_id" content="your_app_id" /> 

No comments:

Post a Comment