Total Pageviews

Tuesday, April 19, 2011

Motivasi Remaja - Jana duit Tanpa Modal (sambungan: nota 9 - 13)

Motivasi remaja masih lagi dalam Segmen Jana duit Tanpa Modal

Asm Cikgu Bat ucapkan.

Berikut ini Saya teruskan lagi nota Motivasi Remaja dalam Segmen Jana Duit Tanpa Modal, selamat membaca dan beramal.

Nota 9: Cara terima bayaran  - Cek dan wang pos

Kini kita tahu cara menerima bayaran menggunakan bank-in, online banking dan juga kad kredit. Jangan lupa pula kaedah pembayaran yang agak 'tradisional', tetapi masih ramai menggunakannya.

Mereka yang di luar bandar, terutamanya yang sukar mendapat akses perbankan, akan menggunakan perkhidmatan Wang Pos melalui pejabat pos. Manakala mereka yang menjalankan perniagaan dan ingin melakukan belian untuk perniagaan, sering menggunakan cek sebagai kaedah pembayaran.

Pembeli akan menghantar Wang Pos atau cek ke alamat kita (pastikan kita memberi alamat penuh kita di laman kita), dan kita perlu membawa wang pos tersebut ke Pejabat pos, atau cek ke bank kita untuk menunaikan bayaran tersebut.

Proses menerima bayaran cara ini, mungkin memakan masa beberapa hari, namun, di Internet, kita hanya melakukan penghantaran produk atau perkhidmatan kita apabila pembayaran telah kita terima secara penuh, bererti, selepas wang pos ataupun cek tersebut berjaya ditunaikan.

Walaupun kedua cara ini adalah agak lambat, dengan memberi pilihan kaedah ini kepada mereka yang lebih selesa melakukan bayaran Wang Pos ataupun cek, kita dapat memaksimakan jualan perniagaan kita.

selepas ini saya akan mula kongsikan kaedah mempromosikan perniagaan Internet kita. 96% perniagaan Internet gagal oleh kerana kurangnya ilmu promosi. Jangan jadikan perniagaan kita sebahagian dari statistik itu!


Nota 10: Promosi  - Bertukar link dengan laman lain


Pada asasnya, Internet merupakan jaringan komputer yang berpaut (link) antara sama lain yang menghubungi berbilion pengguna serata dunia.

Asas Internet adalah pautan, ataupun lebih dikenali sebagai link. kita sering ke satu laman web dari satu laman web yang lain menggunakan link. Begitu juga dengan asas promosi di Internet, iaitu pautan/link- satu laman web perniagaan perlu mempunyai link ke laman web yang lain.

Tak kira apa sahaja perniagaan yang kita jalankan, kita perlu mencari rakan-rakan niaga di Internet untuk sekurang-kurangnya bertukar link. Erti bertukar link adalah, laman web A mempunyai link ke laman web B. Dan laman web B mempunyai link semula ke laman web A.

Contoh bertukar link adalah apabila laman web menjual tudung mempunyai link ke laman web pakaian muslimah. Begitu juga laman web pakainan muslimah tersebut perlu mempunyai link semula ke laman web tudung.

Contoh lagi adalah bertukar link laman web menjual CD lagu mempunyai link ke laman web menjual DVD wayang gambar. Begitu juga dengan laman web DVD wayang gambar tersebut mempunyai link semula ke laman web menjual CD lagu itu tadi.

Apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, bertukar link dengan perniagaan yang lain, di dalam industri yang sama dan tidak bersaing, akan menambahkan lagi jumlah pelawat kedua-dua laman tersebut dengan cara berkongsi pelawat.

Katakan laman web menjual CD lagu menerima 100 pelawat sehari. Laman web DVD wayang gambar pula mendapat 100 pelawat. Dengan bertukar link, apa yang berlaku adalah kedua perniagaan ini berusaha sama untuk berkongsi pelawat. Mungkin 50 pelawat dari laman CD akan melawat laman DVD. Begitu juga 50 pelawat laman DVD akan melawat laman CD.

Apa yang berlaku adalah, di penghujung hari, atas usaha sama bertukar link tersebut, kedua laman web menerima 150 pelawat setiap hari dan bukan lagi 100.

Pertukaran link dengan laman web sebegini adalah amat efektif dalam mendapat pelawat tambahan bagi sesuatu laman web- secara percuma. Oleh kerana, pertukaran link dengan laman web lain adalah atas dasar suka sama suka. Tiada bayaran dilakukan.

kita hanya perlu mencari perniagaan apakah yang terbaik untuk kita bertukar link. Fikirkan industri yang sama, dan perniagaan yang tidak bersaing. Mulakan dengan menghantar email kepada pemilik laman web yang kita ingin melakukan usaha sama dan nyatakan cadangan kita untuk bertukar link supaya kedua perniagaan dapat meraih pelawat yang lebih.

Bertukar link di Internet dengan laman lain adalah asas promosi sesuatu laman web. selepas ini saya akan kongsikan kaedah paling popular pengiklanan di Internet untuk menambahkan pelawat dan pelanggan perniagaan kita!

Cuba anda ke link ini: Manalah tahu ada yang berkenan...http://www.jaiputra.edu.my

Nota 11: Promosi  - Meletakkan iklan banner


Cara yang pengiklanan yang paling popular di Internet adalah pengiklanan berbentuk banner. Banner adalah iklan-iklan grafik berbagai saiz dan bentuk yang tertera di laman-laman web mempromosikan sesuatu perniagaan Internet.

Untuk meletakkan iklan banner di sesebuah lam an web, bayaran dikenakan. Bayaran bergantung kepada populariti sesuatu laman web tersebut (laman yang kita ingin meletakkan iklan). Laman web yang popular (ramai pelawat) adalah lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang pelawat.

Berikut adalah beberapa contoh pengiklanan banner:


https://www.paypal.com/my/mrb/pal=LF6ZZ4PP7U6JS


http://belajardjaiputra.com

http://www.batphotocopier.com/


Motivasi Remaja dalam segmen Jana Duit Tanpa Modal suka menyatakan contoh-contoh di atas, banner mempunyai link ke laman-laman web yang dipromosikan- sama ada produk atau perkhidmatan.

Pastinya kita pernah melihat banner iklan yang terpampang di laman laman di Internet, dan mungkin juga kita pernah klik pada banner-banner ini yang membawa kita ke laman web yang diiklankan.

Iklan banner datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Seringkali, pemilik perniagaan perlu membayar kepada sesuatu laman web untuk menempatkan banner mereka pada pelawat-pelawat laman tersebut. Harga meletakkan banner di sesuatu laman web bergantung kepada:

    * Populariti laman - Laman web yang popular dan menerima ramai pelawat sering mengenakan harga lebih mahal berbanding dengan laman web yang kurang terima pelawat.
    * Saiz banner- Lagi besar sesuatu banner, lagi mahal kos untuk menempatkannya. Banner yang kecil, adalah lebih murah.
    * Lokasi banner - Lebih tinggi kedudukan sesuatu banner di laman web, lebih mahal kosnya. Banner yang ditempatkan di bahagian bawah laman web adalah lebih murah.

Cara terbaik untuk pengiklanan banner adalah, pastikan iklan diletakkan di laman yang berkaitan dengan produk yang ingin diiklankan. Fikirkan laman web industri yang sama.

Sebagai contoh, sekiranya kita ingin iklankan perniagaan fesyen tudung, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web fesyen & islamik.

Sekiranya kita ingin iklankan perniagaan menjual cover handphone, mungkin laman terbaik untuk meletakkan iklan adlaah laman web berkaitan handphone.

Sekiranya kita ingin menjual peta Malaysia, mungkin laman web terbaik untuk meletakkan iklan adalah laman web maklumat pelancongan Malaysia.

Pastikan iklan yang diletakkan adalah di laman web yang tepat sasaran perniagaan kita untuk memaksimakan pelaburan pengiklanan yang kita lakukan. Iklan yang tepat pada sasarannya akan memberilebih ramai pelawat ke laman web kita berbanding dengan iklan yang tidak tepat sasarannya!

Tip 9:

Di Seminar Perniagaan Internet, kita akan ditunjukkan iklan-iklan banner yang paling efektif dan ciri-ciri yang perlu ada dalam sesuatu iklan supaya dapat menarik orang ramai klik pada iklan tersebut.

Teknik pemasaran banner ini adalah amat penting untuk memastikan kempen pengiklanan banner kita dapat memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan dengan menyediakan banner yang menjimatkan kos, efektif dalam menarik pelawat serta memberi impak untuk menyediakan pelawat membuat belian!


Nota 12: Promosi - Enjin Pencari


Promosi perniagaan Internet tidak semestinya memakan belanja yang tinggi. Ia juga boleh dilakukan secara percuma. Cara yang paling efektif untuk promosi sesuatu laman web secara percuma adalah menggunakan enjin pencari.

Pastinya kita pernah menggunakan  enjin pencari seperti Google, Yahoo dan MSN. Ketiga-tiga enjin pencari ini dikenali sebagai "The Big 3". Ini kerana 90% pengguna Internet menggunakan antara 3 enjin pencari ini. Bayangkan sekiranya sesiapa sahaja melakukan carian berkenaan dengan perniagaan kita di Internet, dan laman web kita tertera di search result yang dilakukan. Ini adalah promosi yang percuma dan efektif untuk apa sahaja jenis perniagaan.

Langkah pertama untuk memastikan laman web kita tersenarai di dalam enjin pencari adalah untuk kita daftar secara percuma di ketiga-tiga enjin pencari di atas. Untuk daftar secara percuma, lawati laman-laman berikut dan isikan maklumat laman web kita:


    * Google - http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl
    * Yahoo - https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit/
    * MSN - http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx

Masukkan maklumat laman web kita di URL yang diberikan di atas, dan laman web kita akan disertakan di dalam senarai carian enjin-enjin pencari tersebut. Ia mungkin akan mengambil masa antara 2 minggu hingga 1 bulan sebelum laman web kita disertakan.

Tip 10:

Enjin pencari adalah kaedah penting dalam mempromosikan perniagaan Internet kita. Langkah di atas akan memasukkan laman kita di  enjin-enjin pencari di atas (belum pasti di mukasurat. Namun, untuk memastikan laman kita tersenarai di muka hadapan enjin pencari, terdapat strategi tertentu.

Di Seminar Perniagaan Internet, kita akan didedahkan strategi bagaimana mendapatkan laman web kita di muka surat pertama enjin pencari, supaya lebih ramai dapat jumpa laman web kita secara percuma!


Nota 13: Memulakan Perniagaan Internet (Bahagian 1)


Tahniah! kita telah menerima membaca 12 nota saya mengenai langkah-langkah memulakan perniagaan Internet, daripada langkah pertama memilih sesuatu untuk dijual di Internet, sehingga ke cara mempromosikan perniagaan tersebut di Internet.

Apa kata email kali ini, kita rumus semula setiap langkah untuk mengingatkan kembali. Mungkin juga ada email yang kita terlepas pkitang, kita boleh membukanya semula!

Nota 1 - Nak Jual Apa? - Jual Produk di Internet

Berbagai-bagai produk boleh dijual di Internet seperti produk fesyen, aksesori, buku, barangan IT, makanan, produk kesihatan, peralatan muzik, DVD, dan sebagainya. Tak kira apa yang dijual, pastikan produktersebut sedia mempunyai permintaan yang tinggi di Internet untuk permudahkan kita mendapat ramai pelanggan!

Nota 2 - Nak Jual Apa? - Jalankan perkhidmatan di Internet

Bukan sahaja produk, kita juga boleh menjalankan perkhidmatan seperti pereka grafik, pereka cipta dalaman, pengalih bahasa, menjahit, ejen insurans, ejen MLM, konsultan, ejen hartanah dan apa sahaja perkhidmatan. Gunakan Internet untuk meramaikan prospek kita. Cara tradisional, mungkin kita boleh berjumpa 2-3 prospek sehari, tetapi, melalui Internet kita boleh mendapat 200-300 prospek setiap hari!

Nota 3 - Nak Jual Apa? - Informasi Produk Terlaris di Internet

Produk terlaris di Internet adalah informasi. Sekiranya kita mempunyai informasi untuk dikongsikan, gunakan kaedah menyampaikan informasi melalui ebook.

Topik-topik informasi tiada hadnya, daripada resepi masakan, sehingga ke cara-cara melakukan sesuatu perkara (How to ebooks). Apa yang menariknya adalah, selain dari permintaan yang tinggi untuk produk informasi, ebook juga tiada kos per unit (tidak perlu kos cetak) dan penghantarannya adalah percuma! (fail digital yang boleh dihantar melalui attachment email sahaja).

Nota 4 - Laman web - Perniagaan Internet menggunakan blog

Satu cara untuk mulakan perniagaan Internet sekiranya kita telah mempunyai produk, perkhidmatan atau informasi untuk diniagakan, adalah melalui blog. Blog merupakan platform yang baik untuk memulakan perniagaan di Internet oleh kerana ia boleh dihasilkan dengan cepat, mudah dan PERCUMA! Pelajari juga teknik-teknik bagaimana hendak menari pelawat ke blog kita!

Nota 5 - Laman web - Berniaga melalui Facebook

Berkemungkinan kita memiliki akaun Facebook. Oleh kerana itu, gunakan Facebook juga sebagai platform berniaga di Internet. Pastikan kita tidak menggunakan kaedah-kaedah yang salah seperti SPAMMING (promosi membuta di wall, status atau tagging photo orang lain) di Facebook oleh kerana ia hanya menjatuhkan kredibiliti kita.

Nota 6 -  Laman web - Memiliki Laman Web Sendiri
Platform laman web merupakan cara yang efektif dalam menjalankan perniagaan di Internet. Tidak semestinya kita membina laman web sendiri, kita juga boleh mengupah seseorang untuk menghasilkan laman web untuk kita. Kebanyakan usahawan Internet di luar sana hanya mengupah orang lain untuk menghasilkan laman web mereka- tanpa mengetahui cara-cara membina laman web sendiri!

Nota 7 - Cara Terima bayaran - Pelanggan Bank-in
Cara paling mudah untuk menerima bayaran dari pelanggan adalah melalui bank-ini. Ini boleh dilakukan dengan cara memberi maklumat bank kita kepada pelanggan, dan pelanggan boleh melakukan bayaran melalui mesin ATM bank kita ataupun menggunakan fund transfer/pemindahan wang melalui online banking, dari bank mereka kepada bank kita.

Nota 8 - Cara Terima bayaran - Terima bayaran kad kredit

Satu cara mudah untuk pelanggan melakukan bayaran kepada kita adalah dengan menggunakan kad kredit. Untuk menerima bayaran kad kredit pada zaman ini, bukan lagi seusatu yang mahal dan sukar.kita boleh menerima bayaran kad kredit dari pelanggan kita dengan hanya mempunyai akann 'merchant account' percuma seperti PayPal.com

Nota 9 - Cara Terima Bayaran - Jangan lupa cek dan wang pos

Satu lagi pilihan yang boleh diberikan kepada pelawat laman web kita adalah bayaran menggunakan cek atau wang pos. Caranya adalah dengan hanya memberi maklumat alamat surat menyurat kita supaya pelanggan boleh menghantar cek dan wang pos untuk membuat belian.

Nota 10 - Promosi - Bertukar link dengan laman lain

Asas promosi sesuatu laman web adalah dengan bertukar link dengan laman lain. Berkongsi link dengan laman lain bererti berkongsi pelawat. Dengan bertukar link, pelawat laman 'rakan link' kita akan turut melawat laman kita, dan begitu juga sebaliknya, pelawat kita  akan melawati laman 'rakan link' kita. Kedua-dua laman web mendapat manfaat bersama.

Nota 11 - Promosi -  Meletakkan iklan banner

Cara paling popular dalam pengiklanan melalui Internet adalah menggunakan iklan banner dengan meletakkan iklan kita di laman yang berkaitan dengan perniagaan kita. Pengiklanan banner memerlukan kita melakukan bayaran bergantung kepapa populariti sesuatu laman web tersebut. Pastikan sasaran laman web kita adalah tepat untuk memberi pulangan terbaik.

Nota 12 - Promosi -  Enjin pencari

Cara utama pelayar Internet menjumpai sesuatu laman web adalah melalui enjin pencari. Senaraikan laman kita di Google, Yahoo dan MSN dan dapatkan tempat terbaik di enjin pencari supaya mendapat promosi percuma.

Ya setelah puas membaca dengan tekun, nah sudah tamat siri memulakan perniagaan Internet dalam 14 Nota. Untuk menambahkan lagi kefahaman kita mengenai perniagaan Internet, rujuk semula setiap nota yang telah anda baca.

Perniagaan Internet merupakan cara mudah, murah dan cepat dalam memulakan perniagaan. namun, untuk berjaya dalam perniagaan Internet, sememangnya ilmu perniagaan Internet diperlukan. Sekiranya kita faham kaedah menjalankan perniagaan Internet dari email-email yang lepas, pastinya kita akan dapat manfaat daripada acara Seminar Perniagaan Internet untuk mengetahui lebih banyak rahsia, strategi dan teknik perniagaan Internet yang berjaya.

Sekiranya anda berminat, sertai Seminar2 Perniagaan Internet yang akan saya maklumkan! di;

1. Fan Page: Larian kilang roti
2. blog saya: http://cikgubat.blogspot.com
3. blok remaja: http://cikgubat02.blogspot.com

Semoga berjumpa lagi di blog, Facebook atau email-email akan datang!

Cikgu Bat
Jurulatih Motivasi remaja
Segmen Jana Duit Tanpa Modal
http://www.jaiputra.edu.my

No comments:

Post a Comment